Thursday, July 30, 2009

Coretan..

ulasan dari jakim "E422-E 904 boleh berpunca dari samada tumbuhan atau haiwan. " so... apa pendapat teman2 mulai hari ini kenalah semak sblum mkn brng yg ada kod sperti dnyatakan... n klau was2 tinggalkan aje..cari yg insaallah betul2 halalan toyibba....yg dkluarkn oleh 100% bumiputra muslim...bukan sekadar logo 'halal' yg tercetak pada bgkusan tapi produk bukan islam yg buat.....Bukan senang nak cari produk org islam dan betul2 halal...itulah jihad namanya...jihad dlm mncari kebaikan utk diri dan kluarga...krna mknan yg halal akan mbntuk kluarga yg di redai allah... utk mcari produk halal layari...http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php bersma mnaikkan produk melayu islam yg tidak perlu diragui halalnya malah disediakan dgn penuh tawadduk disamping menjana pendapatan ummah.....Tq

MAKANAN YG BERSIH

Makanan Yang Bersih, Menempa HATI Yang Bersih..

Surah As Saff,
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? [10]

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu;yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). . [11]

"Dengan itu, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga” Adn “. Itulah kemenangan yang besar.[12]

"Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dariAllah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.[13]

HATI-HATI.....



Salam...

Assalamu'alaikum wbt ,sebagai pengguna/ pengusaha makanan, kita telah lama ketahui bahawa banyak makanan yg berada dipasaran adalah dimiliki oleh pengusaha bukan Islam / muslim/ bumi. Ramai pengguna terkeliru kerana namanya seakan2 'pemilik atau tuan punya' nya, melayu/ islam akan tetapi, bila di kaji hingga ke akar umbinya didapati 100% tiada saham atau pegangan dari org melayu atau Bumi,.antara jenama yg popular - TEH CAP MASJID... KICAP ELIZA... PAU AHMAD...( belum masuk jenama terkenal spt KG pastry, Silver Bird dll)...justeru, adakah kita harus menyalahkan pengusaha2 bukan bumi ini 100%?JAWAPAN nya : TIDAK... SALAH MASIH KEPADA ORG Muslim ITU SENDIRI.SEBAB NYA, KITA TAHU BAHAWA PELUANG PASARAN HALAL ITU SANGAT LUAS DAN PERMINTAANNYA TINGGI, MENJANGKAU KELUAR SEMPADAN NEGARA.. KINI DITAHAP GLOBAL.SO APA TINDAKAN KITA?HAMPIR TIADA...BERUSAHALAH MENJADI PEMBUAT ATAU PENGHASIL MAKANAN ORANG ISLAM SUPAYA KITA TIDAK TERJEBAK KEPADA MAKANAN YG ADA UNSUR-UNSUR SHUBAHAT!!!! KALAU TAK MAMPU NAK MENGHASILKAN PRODUK ... SOKONGLAH PENGUSAHA MUSLIM YG TELAH MENGHASILKAN PRODUK MEREKA ...YANG DIJAMIN HALAL LAGI TOYIBBA...

Wassalam...

INIKAH MAKANAN KITA (Geragau)

















Selama 3 hari bermula 10-12 Julai 2009, aku berkesempatan mengiringi Ketua Jabatan ke lawatan penyelidikan ke Daerah Larut Matang dan Kerian, Perak. InsyaAllah bermula dengan entri pada hari ini, aku akan menyelitkan apa yang menarik di daerah tersebut. Mana yang baik ambillah ia dijadikan contoh. Manakala yang tidak dijadikan ingatan sepanjang hidup.
Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.
Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir selepas tiba di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas pangkin khas.
Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.
Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut.
Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah juga digunakan untuk memijak tanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau yang kita makan?
Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan! Tiba-tiba aku ternampak dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut.
Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran. Manakala pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau.
Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut.
Aku semakin teruja melihat gelagat anjing-anjing tersebut dan terus menghalakan D60 untuk meneruskan kerja-kerja mengambil gambar. Dan…..
Gambar di atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat! Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. Aduhai!

RENUNGKANLAH SAHABATKU

ISLAM IS THE WAY OF LIFE
BELILAH BARANGAN BUATAN ORANG ISLAM,
BANTULAH EKONOMI ISLAM
Ya Allah ! Selamatkanlah Umat Islam di seluruh dunia ini. Betulkan niat anda dalam melakukan sesuatu kerana Allah S.W.T
Firman Allah bermaksud: “Makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu dan syukurilah nikmat Allah, jika hanya kepada-Nya kamu menyembah.” (Surah An-Nahl, ayat 114)
INGAT !!!! MAKANLAH MAKANAN YANG HALAL DAN DAN DIUSAHAKAN OLEH UMAT ISLAM. SIMPAN DUIT DI INSTITUSI PERBANKAN ISLAM
TUNAIKAN ZAKAT, TUNAIKAN SOLAT
BERBUAT BAIKLAH KEPADA KEDUA IBU BAPA
INFAQKAN SEBAHAGIAN HARTAMU UNTUK AMAL JARIAH