Tuesday, August 18, 2009

Kurma juga

Petikan dari sahabat yg lain...

Agak2 korang la kan , kurma ni halal ke x? Member aku bwk balik dari
opis, ade customer bagi. Kurma ni dtg sekali dgn kurma2 halal yg lain.
Kalau korang peka, gambar depan tu mcm gambar Virgin Mary. Dikatakan,
kurma ni diperam ngan holy water. So, beware my friends!! (sediakan
payung sebelum hujan jer...al-maklum ler sekarang ni banyak sangat kes
pelik....)

"Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Lubnan,Palestin , Afghanistan , Iraq , Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu.Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka.

Amin, ya Rabbal A'lamin."

Kurma Pula.....

Petikan email dari sahabat interaktif berkenaan kurma... mari kita berhati-hati....

Dear all my fren,
>
> beware wit dis product sbb ofismate aku baru je kene bende ni.....last
> 2 days dia g service kete kat naza (setapak)... .so naza bg free give
> kurma ni kat dia..smalam dia dtg ofis bwk kurma ni...ingatkan nak
> share ngan kteorg sumer ...tapi ble tgk btul2 gamba kat kotak(gamba kat

> bawah), mcm gamba mother virgin mary...so kteorg sumer decide xnak
> makan sbb tanda halal pun xde.....kteorg pun bagi la kat ofismate
> lain(cina).. .even cina tu sndiri pun xbg kte org islam mkn sbb dia
> kate tu gamba mother....ble dapt email ni dari org lain,kteorg sumer
> terkejut...alhamdul illah la kteorg beware ngan gamba yg ade kat kotak
> kurma tu...so yg lain2, please beware dgn gift yg org bagi di bulan2
puase ni....

Mamak...Ohh.. mamak

Ekslusif majalah Al-Islam bulan Julai 2009.

PETIKAN..
...Awas, anda jangan mudah tertipu dengan title mamak. Hasil aduan yang
diberikan oleh pembaca setia Al-Islam, wartawan kami yang ala-ala mamak
diberi tugasan untuk menyiasatinya. Hasilnya, bacalah di muka surat 10. Anda sudah tentu menggeleng kepala. Oleh itu berhati-hatilah apabila
melangkah kaki untuk masuk restoran tersebut. Zaman sekarang, semua benda
boleh untung! Asal ada kalimah 'Bismillah" yang digantung. semua yang masuk
rupanya dikelentong! Jengok-jengoklah dahulu, apakah sijil halal turut
digantung?.. .

Tuesday, August 4, 2009

Lagi-Lagi..Babi...


Isu ayam semakin hangat dibincangkan di dalam surat akhbar, risalah dan media massa. Begitu juga di masjid dan surau, begitu banyak ustaz yang membicarakan tentang halal dan haram. Ini haram itu haram. Terpanggil diri ini untuk bertanya, jika semuanya haram, bagaimana pula dengan alternatifnya? Adakah telah sedia ada dipasaran? Maka, wajarlah produk barangan HPA dijadikan sebagai alternatifnya atau pengganti kepada barangan asing. Hapuskan produk asing.



Mungkin ada dalam kalangan saudara yang bertanya, ini semua adalah gimik perniagaan dengan bertujuan untuk menjual produk barangan HPA. Saya katakan tidak sama sekali. Persoalannya adalah, pernahkah saudara terfikir makanan yang diberikan kepada ayam yang diternak hari ini? Dengan kata lain, makanan atau dedak ayam yang diberi kepada ayam ternakan. Pernahkah saudara menganalisis dan mengenal pasti bahan-bahan yang dicampurkan ketika membuat proses makanan ayam? Pernahkah saudara mengambil sampel DNA ayam ternakan hari ini? Adakah ia tidak bercampur dengan DNA babi. .

Bukanlah niat saya untuk menjejaskan industri ternakan ayam, tetapi marilah kita berkongsi sedikit maklumat dan kebenaran mengenai isu ayam ini. Pada hari ini, terdapat satu bahan yang dikenali sebagai Dicalcium phosphate telah dicampur ke dalam proses membuat makanan ayam. Kenyataan ini telah diperjelas dan suarakan oleh pihak JAKIM dan CAP. Apakah itu Dicalcium phosphate? Ia adalah satu bahan yang diperbuat dari serbuk tulang-tulang binatang. Persoalannya dari tulang binatang manakah yang diambil? Berdasarkan kajian, kebanyakkan DCP yang terkandung dalam makanan hari ini dipercayai diperoleh daripada tulang babi yang telah disiap proses menjadi serbuk. Bahkan dengan mencampurkan DCP ke dalam makanan ayam hari ini, ia didakwa mampu membesarkan ayam dengan lebih cepat dan gemuk.

Yang kita soalkan disini adalah kehalalan. Pembeli utama ayam dipasaran hari ini adalah umat Islam. Ya, mungkin ada dalam kalangan kita menyatakan, ayam itu halal kerana disembelih mengikut cara Islam dan dijual oleh orang Islam. Yang kita tegaskan disini ialah makanan yang dimakan oleh ayam itu sekaligus akan menjadi sebahagian daripada DNA ayam itu sendiri bukanlah kaedah sembelihannya atau dibeli daripada orang Islam.